~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Wednesday, 9 January 2013

E-Novel ~ Bunga Terakhir (BAB 25)


                                                                      
                                                                          BAB 25
HARI demi hari hubungan antara Adam dan Wani hanya kekal sebagai rakan sekerja. Sungguhpun Wani sudah cuba berkali-kali untuk mengambil hati Adam, masih tiada perubahan yang menunjukkan Adam rela dengan perkahwinan mereka. Wani sendiri tak tahu samada perkahwinan itu perlu diteruskan ataupun tidak. Sekarang, hubungan Dahlia dan Adam juga semakin membaik, malah Dahlia pula sedang mengandungkan anak Adam. Ada juga masa-masanya Wani seakan cemburu melihat keadaan Dahlia yang diliputi bahagia. Namun, dia hanya mampu berbisik dalam hati untuk bersabar. Tapi sampai bila, dia sendiri tidak tahu.

Sambil menaip laporan pembentangan, Adam memandang gambar Aiman dan isterinya Dahlia. Mengingatkan kandungan Dahlia yang sudah menjangkau 5 bulan, hati Adam teruja sangat. Sungguh! Siapa yang tidak gembira apabila bakal menimang anak kandung sendiri. Adam senyum dan terus meneruskan kerja-kerjanya sebelum terlihat Wani melintas di hadapan pejabatnya. Sekejap dia jeda memikirkan mestikah hubungan mereka itu diteruskan lagi sedangkan Adam tidak punya apa-apa rasa cinta pada Wani. Hanya yang ada rasa sayangkan seorang sahabat, itu sahaja. Tanpa berfikir panjang, Adam ambil telefon bimbitnya dan menaip sesuatu kepada Wani.
-Salam. Petang nanti kalau Wani free, kita jumpa dekat tasik biasa ya, ada hal nak bincang – Adam
-Bolehlah kot. Jumpa petang nanti – Wani.

Usai membaca pesanan ringkas (sms) daripada Wani, sepanjang petang itu Adam berfikir-fikir. Betul ke langkah yang dia ambil ni, tidakkah dia akan menyakitkan hati Wani, dan mungkin juga menyakitkan hati Dahlia. Tapi, lagi sakit dan berdosanya dia sebab tak menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Mungkin dulu dia terlalu mengikut perasaan, kini Adam mampu berfikir dengan waras.

Petang itu, tepat jam 5. Mereka berdua bergerak ke satu tasik. Wani tahu ada benda serius yang mahu dibincangkan Adam, melihat pada suaminya itu, ada sesuatu yang merunsingkan ingin diberitahunya pada Wani. Ada juga Wani rasakan sedikit takut dengan topik yang bakal bualkan, tapi dia redha andainya Adam memutuskan begitu.
“Tak nak minum apa-apa?” tanya Adam ingin menenangkan suasana.
“Tak, tadi dalam kereta dah minum. Ada apa bawa saya dekat sini? Nak joging? Saya tak bawa baju lain, high heel ni je yang ada.” Wani juga cuba menenang suasana ketika itu dengan jenaka yang tak kelakar.
“Wani pasti tahu sebab apa kita jumpa ni. Wani, Adam minta maaf pada Wani kalau selama ni abang tak pernah tunaikan tanggungjawab abang pada Wani..” Adam memandangnya serius.
Wani diam sejenak, kemudian dia pegang tangan Adam.
“Wani faham. Tak apa,” perlahan suara Wani membalas kata-kata Adam.
“Mungkin sudah sampai masanya untuk kita berpisah Wani.” Adam tiba-tiba menyuarakan hasrat yang selama ini terbuku di hati.

Air mata Wani tumpah. Kemudian dia pandang Adam.
“Wani tahu selama ni Adam tak pernah cinta atau sayangkan Wani. Tapi Adam kena ingat, kita berkahwin ni ada sebabnya. Ini semua ketentuan tuhan. Iya, betul kita kahwin secara tiba-tiba untuk menyelamatkan rumahtangga Adam. Tapi Adam pernah fikir tak, kenapa kita berkahwin?”
“Adam minta maaf. Mungkin Adam yang terlalu memaksa sebab mahu menurut kehendak Dahlia dan menyelamatkan keluarga Adam. Adam minta maaf Wani.. Adam tak boleh lihat Wani terluka dan terseksa dengan perkahwinan kita ni. Wani, kita ni sahabat, kita berdua ni hanya ditakdirkan untuk bersahabat sahaja.”
“Tapi Adam tahu kan perasaan Wani pada Adam macamana? Perasaan Wani tu lebih dari seorang sahabat dan Adam pun ada rasa macam Wani rasa kan?” tanya Wani serius.
Adam pandang Wani, selama hampir 3 bulan mereka bergelar suami isteri, ya memang Adam selalu cemburu apabila ada klien atau staf yang cuba mendekati Wani. Adam sendiri tak tahu kenapa dia perlu cemburu, malah sampai satu kali tu Adam bagi warning pada Wani supaya tidak melayan lelaki ketika mesyuarat. Adam sendiri tak tahu, adakah itu kerana mereka suami isteri ataupun kerana dia ingin melindungi Wani.

“Wani, Adam minta maaf. Adam dah fikir masak-masak. Kita berpisah sajalah ya. Adam tak mahu biarkan Wani macam ni lagi. Adam juga tak mahu Wani terluka.. Adam minta maaf.”

Kemudiannya Adam berlalu daripada situ meninggalkan Wani sendiri. Kaki Wani seakan lemah longlai dengan keputusan Adam. Wani faham, rasa cintanya ini pada Adam yang kecewa, bukan dirinya. Andai kata rasa cinta ini boleh dihapuskan, Wani rela. Dia tak mahu rasa yang sudah berputik ini masih membelenggu dirinya. Wani pandang sekeliling. Wani cuba menangis tapi air matanya tiada. Wani segera masuk ke dalam kereta dan cuba berfikiran positif. Dia bukannya seorang yang mudah mengaku kalah. Andai ada peluang, dia masih inginkan menyelamatkan rumahtangganya yang bagai telur di hujung tanduk itu.

**********************

Esoknya Wani ke pejabat bersama seorang lelaki kacak. Sempat Adam pandang-pandang bila Wani mesra semacam saja dengan lelaki tersebut. Kemudiannya dia sempat pandang, lelaki itu mencium tangan Wani dan kemudiannya beredar. Mendidih juga rasanya Adam menonton sketsa tersebut. Segera dia masuk ke dalam pejabat Wani selepas lelaki itu beredar.

“Siapa lelaki tadi? Boyfriend ya? Kita ni masih suami isteri tau tak!” marah Adam membabi buta, Wani senyum melihat reaksi Adam.
“Kalau ya kenapa? Dan, apa hak awak nak cemburu bertempat ni, bukan semalam awak minta nak berpisah dengan saya?” sengaja Wani memanaskan lagi keadaan.
“Err.. saya keluar dululah.. banyak kerja nak siapkan ni.” Adam malu sendiri dan terus keluar dari ruangan Wani.
‘Itu baru sikit tu, tunggulah...’ gumam Wani sendiri senyum memerhatikan betapa marahnya Adam, padahal lelaki kacak tadi itu adalah adik lelakinya.

Adam kembali ke ruangannya, mood nya turun naik entah kenapa sebaik melihat lelaki tadi. Suka suki betul pegang tangan isterinya sampai semua staff pun tumpang tengok kemesraan mereka berdua. Sepanjang hari itu apa yang Adam buat semuanya tak betul, last-last dia pilih untuk tidak buat apa-apa. 

Petang itu, sebelum balik Wani sempat menghubungi Dahlia.
“Assalamualaikum Kak Dahlia, apa khabar? Sihat?” tanya Wani mesra.
“Waalaikumsalam, akak sihat je, Wani apa khabar? Sibuk ke dekat office tu?” tanya Dahlia pula.
“Office okey je. Kak, Wani teringin pula nak makan kek batik yang akak selalu buat tu. Akak boleh tak buatkan untuk Wani.”
“Insya ALLAH boleh. Malam nanti akak suruh abang Adam hantarkan ke rumah.”
“Okey kak, thanks ya. Jaga diri elok-elok. Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam...” Wani menjawab salam tersebut dengan sebuah senyuman yang sangat gembira.

Malam itu, Adam rasa berat hati mahu menghantar kek batik buatan Dahlia kepada Wani. Kalau bukan sebab Dahlia memaksa, dia pun tak mahu datang ke sana. Setelah dipaksa berkali-kali tadi barulah dia setuju mahu menghantarnya. Adam pandu keretanya dan terus ke apartment Wani.

“Lepas.. lepaskan..!!”
Adam ternampak seorang wanita diragut di depan, wanita itu tidak mahu melepaskan begnya. Adam tak berapa cam sebab keadaan agak gelap. Adam keluar dari keretanya.
“Hoi! Lepaskan dia!!!” teriak Adam kuat.

Teriakan Adam mengejutkan peragut tersebut. Akibatnya, peragut itu mengeluarkan pisau dan menikam perut wanita tersebut lalu menolaknya ke bahu jalan. 

“Hoii!!” sekali lagi Adam berteriak marah dan segera berlari mendapatkan wanita tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Wani yang terbaring di sana.
"Abang Adam...." panggil Wani memandang Adam, suaranya lemah..

"Bertahan Wani... abang ada kat sini, bertahan..!"Adam pandang Wani yang semakin lemah.
Tiba-tiba Wani tak sedarkan diri!
“Astagafirullahalazim.. Wani! Bangun Wani, bangun!” Adam segera mengangkat Wani, bajunya berlumuran darah, Adam masukkan dalam keretanya dan terus pandu ke hospital.
“Ya Allah.. kau selamatkanlah dia..” Adam berdoa dalam hati, dia sangat-sangat risau melihat keadaan Wani, darah seolah tidak henti-henti mengalir. 

Sebaik saja sampai ke hospital, segera Adam mengangkat Wani dan membawanya masuk ke dalam hospital.
“Nurse, tolong nurse, isteri saya nurse... tolong..” Adam benar-benar panik.
Segera nurse membawa troli dan Wani dibawa masuk ke dalam wad kecemasan.
“Encik sila isi borang ni dan tunggu dekat luar ya,” seorang nurse cuba menghalang Adam yang cuba masuk ke dalam wad operasi.

Adam isi apa yang patut dan berikan borang tersebut pada nurse itu kembali. Apabila melihat keadaan Wani tadi, hati Adam tiba-tiba sebak. Baru dia perasaan yang pagi tadi Wani tak bawa kereta ke pejabat, jadi Wani naik teksi untuk balik, dan Adam tebak mesti Wani siapkan kerja-kerja di pejabat dan balik lambat.. Adam mati akal bila memikirkan Wani cedera teruk akibat ditikam tadi. Rasa bersalahnya menggunung! Patutnya dia melindungi Wani, biasanya Wani akan meminta dia untuk menghantarnya ke rumah apabila balik lewat... Adam rasa bersalah sangat. Mungkin Wani tidak mahu meminta pertolongannya sebab hal semalam barangkali.

“Ya ALLAH, engkau ringankanlah beban isteriku.. engkau ampunilah dosaku yang khilaf... engkau selamatkanlah dia...” doa Adam dalam hati penuh harapan.

Saat itu baru Adam sedar, tidak salah untuk dia menerima Wani, kalau tidak sebagai isteri yang dia cintai, paling tidakpun Wani ada pelindung. Kejadian yang berlaku di hadapannya sebentar tadi sangat menyayat hati.... Adam tak mampu membendung rasa bersalah yang amat sangat. Adam tak tahu bagaimana dia mahu memaafkan dirinya sekiranya berlaku apa-apa pada Wani...

bersambung...

5 comments:

syah shah said...

Hailaa Adam... Dah jadi macam ni baru nak sedar... HArap-harap tak terlambat lagi... Hoho~

Fatrim Syah said...

Moga-moga begitulah. Ermmm.. erm.. erm..

nurul nuqman said...

Erm,hep de peluang kedua utk adam...best

Miqael Arshad said...

teruskan.....

SecreT_Aimie said...

at last... kau sedar jugak yer Adam.. baguslah... tapi.. we'll see apa penerimaan Wani nanti... hik3.. ~tak sabar menunggu~