~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

TENTANG FATRIM SYAH


Apa nama penuh saya?
~Mohd.Fatrim Syah bin Abd Karim

Asal dan di mana sekarang?
~Saya berasal dari Kuala Penyu Sabah. Sekarang sedang belajar dalam Ijazah Penulisan Kreatif di Fakulti Filem, Teater & Animasi UiTM Puncak Perdana Shah Alam

Bagaimana terlibat dalam penulisan?
~Penulisan ya, saya bermula dengan cerpen sekitar tahun 2007. Masa tu excited nak cuba bakat yang ada padahal baru habis semester pertama pengajian. Alhamdulillah, karya saya berjudul Longkang Pahala, Cincin, Janji A.D.Y serta  Realiti tersiar di sebuah akhbar tempatan Sabah (Daily Ekspress). Namun demikian, saya berhenti menulis sehinggalah saya tamat pengajian diploma.

Jadi, lepas habis diploma? Anda menulis lagi?
~Iya, saya mengenali satu portal iaitu penulisan2u dan saya mula menulis kembali sambil memikirkan masa depan saya. Karya itu berjudul 'AKU BUKAN SATELIT' dengan menggunakan nama pena Shah Kinabalu, karya ini bergenre thriller. Kurang sambutan tetapi merupakan detik perkenalan saya dengan rakan-rakan lain sehingga kini.

Selepas itu, apa lagi karya anda?
~Selepas itu saya menghasilkan lagi sebuah karya berjudul 'UNJAR', juga sebuah karya thriller. Karya ini saya pertaruhkan untuk penilaian malangnya gagal selepas mencuba dengan 4 buah penerbit. Selepas itu saya menghasilkan lagi sebuah karya thriller berjudul 'SAMAR' dan hampir berjaya terbit, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, ianya juga tidak berjaya.

Thriller? Adakah ia minat anda atau anda terlalu obses dengan idola anda iaitu RAM?
~Mungkin juga sebab semasa itu saya tidak mempunyai sebarang garis panduan menulis. Saya remaja lelaki dan karya thriller lebih sesuai bagi saya. Relevanlah juga kan. 

Selepas tiga karya itu seolah gagal mendapat tempat. Apa pula perancangan selepas itu?
~Saya cuba pula menulis sebuah karya yang menggabungkan banyak unsur iaitu; cinta, komedi dan thriller. Karya itu berjudul 'GAUN CIK BOSS TUXEDO MR SECRETARY', karya itu disiarkan di laman penulisan2u dan mendapat sambutan menggalakkan. Tapi, lebih setahun karya itu berada di sana, saya mati akal untuk menyambung ceritanya kerana berasakan susah untuk masuk ke dalam dimensi sedemikian. Kebetulan, karya itu tiba-tiba hilang dari portal itu dan saya terbaca karya salah seorang rakan di facebook, saya cuba hantar ke portal tersebut, maka di sana, orang lebih kenal karya itu dan Alhamdulilah karya ini bakal terbit nanti, Insya ALLAH.


Ada novel yang bakal terbit dan sudah terbit?
~Novel yang sudah terbit berjudul GENG KARIPAP merupakan sebuah buku terbitan FP Junior.  Selain itu novel ASRAMA yang diterbitkan BUKU FIXI.

Perancangan 2013 untuk bidang penulisan?
~Alhamdulillah, kalau tiada aral, novel seram saya bakal terbit tahun ni. Selepas itu mungkin novel dewasa lain dan juga sebuah novel kanak-kanak yang sedang disiapkan. Target 4 novel keluar dalam tahun 2013 nanti. Oh! Sebelum terlupa, novel koleksi cerpen 'UNTUK SEPARA TUHAN' baru saja terbit sempena Pesta Buku 1 Malaysia, jangan lupa dapatkan ya.

Ada kata-kata akhir?
~Sekiranya kita ada dorongan, cubalah sehabis baik. Jangan mudah putus asa, bukan mudah berada dalam bidang ini. Anda sebenarnya bersaing dengan diri anda sendiri. Tq!


Sekian,

Salam Manis,
(Fatrim Syah)






6 comments:

Unknown said...

Kpan novel gaun cik bos tuxedo mr secretary dilanjutkan? Aku pengen lihat endingnya

Unknown said...

Assalammualaikum.. Saya sangat tak berpuas hati apabila saya beli novel gaun cik bos tuxedo mr secretary dan didapati muka surat 59-90 hilang. Ye hilang.. Lepas tu ade muka surat tak di letak dgn btol. Mcm mana saya nk.membaca nya.. Takkan saya nak pegi beli novel ni lagik!

Fatrim Syah said...

Yayan Khuriyah.

Gaun Cik Bos Tuxedo Mr Secretary telah pun menjadi novel sejam FEBUARI 2014 terbitan Kaki Novel Enterprise.

Boleh langgan di sini ya :
http://kakinovel.com/

Fatrim Syah said...

Waalaikumsalam Isza Hisham,

Saya harap awak dah ambil tindakan. Kalau beli dekat kedai bawa resit balik ke kedai. Kalau beli dengan Kaki Novel, hubungi mereka, nombor telefon Kaki Novel ada dekat buku.

Jika semua tu tak dapat. Awak PM saja saya di FB. Saya jarang buka blog. :)

Miss Blur said...

Assalamualaikum...
SAya nak tanya bagaimana dengan course sarjana muda penulisan kreatif. Boleh bagi gambaran lebih tak cara pembelajarannya kepada saya sebab saya juga minat menulis.

Anonymous said...

assalamualaikum, saya berminat ingin melanjutkan pelajarn dalam bidang penulisan kreatif. boleh saya tahu anggaran yuran pengajian 1 semester di uitm untuk bidang penulisan kreatif?