~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Tuesday 29 November 2016

REVENGE ke VERSI CETAK!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat sekalian yang memfollow REVENGE,
Sukacita dimaklumkan bahawa REVENGE akan ke versi cetak dan menjadi salah satu buku terbitan Penerbitan KarnaDya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas sokongan dan dorongan pembaca REVENGE semua.

Bagaimana mahu mendapatkan?
1) Ekspo Buku 1 Malaysia akan berlangsung pada 14 - 18 Disember 2016 ini bertempat di PWTC Kuala Lumpur. Cari booth #KarnaDya dan jika kebetulan sesi autograf boleh jumpa saya pada 17.12.2016 ya.

2) Boleh beli online dengan Cik KarnaDya di laman facebook penerbit.

3) Pembelian di kedai-kedai buku terpilih seperti MPH Bookstore, Popular Bookstore, SMO Bookstore dan sebagainya (Dijangka lambat sedikit sekitar awal Januari 2017)

4) Boleh juga beli terus dengan penulis Muhammad Fatrim dengan menghubungi beliau di laman facebook Muhammad Fatrim. Oleh kerana ada 2 novel baru, makanya ada promo AWESOMEEE jika beli dua 2 novel. DISKAUN POSTAGE 50% hanya RM 50 dua novel termasuk POS LAJUUUUUUUUUUUUUUUUU!


6 TRIVIA menarik REVENGE ;

1 - REVENGE mula ditulis sekitar Ogos 2015 sewaktu mengetahui wattpad wujud. Kemudian diintai penerbit setahun kemudian dan diterbitkan.

2 - REVENGE adalah sebuah projek latihan menulis demi memecahkan writers block penulis.

3 - Kekuatan novel REVENGE adalah daripada KOMEN yang diberikan oleh PEMBACA yang setia menanti di wattpad.

4 - Versi TAMAT di dalam wattpad adalah STATUS FACEBOOK yang ditanyakan oleh penulis. Tapi disebabkan hambarnya sambutan versi TAMAT sehingga ramai tak puas hati. Versi TAMAT di dalam novel diubah.

5 - REVENGE juga memperkenalkan penulis kepada penulis baru dan penulis lain terutamanya yang ada wattpad. Ia umpama sebuah branding.

6 - Semasa menulis, penulis menggambarkan pergerakan WATAK UTAMA iaitu ARIANA CITRA adalah seperti ELLY MAZLEIN dalam Drama Bella lakonannya. Ehhhhhh!


Blurb Sinopsis REVENGE ;

Ariana Citra mahu menghancurkan keluarga baru ayahnya sendiri dan mendapatkan haknya yang dibuang selama 17 tahun. Demi misi dendamnya, Ariana Citra menukar namanya kepada Dewi Uqasha dan bekerja di syarikat Crystal Suria Holdings milik ayahnya Dato' Zakaria yang diuruskan oleh Megat Huzair anak sulungnya bersama Zahara selepas pulang dari luar negara.
Tapi, berdepan dengan Zahara umpama berdepan dengan penjenayah kejam yang mampu melakukan apa-apa sahaja termasuk membunuh demi melindungi keluarga dan miliknya.
 
Namun Ariana Citra tetap bertekad, keluarga baru ayahnya itu perlu dihapuskan walau apapun cara dan jalannya!
"Ariana Citra janji atas nama mama yang suatu hari nanti, semua ni akan jadi milik kita kembali. Ariana Citra janji mama." – Ariana Citra

"I know who you are Dewi Uqasha."– Megat Huzair
Dalam misinya membalas dendam, Ariana Citra mengetahui pelbagai kebenaran antaranya tentang siapa sebenarnya Megat Huzair anak sulung Zahara. Satu insiden tembak menembak telah membuatkan keduanya rapat. Megat Huzair mengisytiharkan Ariana Citra sebagai teman wanitanya selepas insiden itu sehingga membuatkannya tergamam!
Apakah semuanya berubah selepas itu? Adakah Ariana Citra berjaya dalam misinya mendapatkan kembali haknya? Mampukan dendam selama 17 tahun itu terlunas?
REVENGE menjawab segalanya!
**********************

Terima Kasih ^_^

Muhammad Fatrim

No comments: