~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Saturday 1 February 2014

NOVEL GAUN CIK BOS TUXEDO MR SECRETARY (BAB 4)


BAB 4

SESEORANG memerhatikan Khalisah dan Rafida dari jauh. Telefon bimbitnya bergetar, dia tersenyum usai menerima pesanan ringkas daripada seseorang. Masa untuk kembali telah tiba. Dia menoleh ke arah Khalisah dan Rafida dan kemudian berlalu daripada situ menuju ke satu tempat, tempat yang bakal merubah tiga ratus enam puluh darjah kehidupannya tetapi dia tetap gembira. Masa yang amat ditunggu-tunggu olehnya dengan penuh sabar selama bertahun-tahun kini telah berpenghujung. Dia melajukan pemanduan meninggalkan kawasan tersebut dengan rasa tidak sabar.
Sementara itu pesanan yang ditunggu-tunggu Khalisah dan Rafida akhirnya sampai ke meja mereka, baunya saja sudah cukup membuka selera. Menu mereka tengahari itu ialah sup cendawan, ikan tiga rasa, dan nasi putih. Menyirap kelaparan mereka dari pagi tadi terutamanya Rafida yang tidak menjamah apa-apa. Suasana restoran agak tenang, semua orang sedang menikmati hidangan tengahari mereka. Rafida membuka bicara.
“Tadi, calon secretary kau tu ada dekat sini. Tapi tiba-tiba dia dah keluar.”
“Ya ker? Aku tak nampak pun.” Khalisah menjawab dan menoleh ke kiri dan ke kanan.
“Wahai Lisa sahabat tercinta, intan payung permata nilam. Kalau you terjumpa dengan dia pun you kenal ke? Agak-agaklah.”
“Aku dapat rasa secretary yang kau nak introduce ni Mr Tuxedo kan?” Khalisah cuba meneka.
“Amboi. Itu aku tak nak jawab. Esok kau tengoklah dengan mata kepala kau sendiri,” bidas Rafida.
“Wah. Special sangat ke dia sampai kau nak berahsia-rahsia ni?” Khalisah ingin tahu, dia memandang tepat ke arah Rafida.
“Bukanlah special. Aku tengok lain, kau tengok lain. Manalah sama. Dahlah, nak dekat jam 1 dah  ni. Makan, makan.” Rafida mengelak.
Rafida sengaja mengubah topik agar Khalisah tidak bertanya-tanya lagi mengenai Adam. Sedang enak mereka makan, ayah Khalisah menghubungi. Khalisah lantas saja mengangkat. Lagipula petang nanti ayahnya akan datang ke syarikat kerana ada klien dari Brunei Darussalam yang mahu berjumpa.
“Papa dekat mana tu?”
“Papa dekat hospital ni Lisa.” Dato’ Mazil menjawab.
“Apa?! Papa buat apa dekat situ. Papa sakit ke?” Khalisah cemas.
“Taklah. Kawan papa. Nanti kamu handle ya. Papa sampai office lambat sikit. Papa dah bagitau Dato’ Pangiran Malik tu. Just move on ya.”
“Okey. Lisa tengah makan ni. Papa dah makan ke tu?”
“Papa dah makan awal tadi. Okeylah, papa letak phone dulu. Take care.”
“Baik big boss!”
Khalisah menutup telefon bimbitnya dan menyambung agenda makan tengaharinya bersama Rafida.
***************
ADAM dan Nadia pula masih lagi menunggu doktor keluar, lelaki yang bersama mereka meminta diri bersama pemandunya kerana ada urusan. Sudah hampir dua jam mereka mundar mandir di luar ICU itu. Beberapa minit kemudian lampu di bilik ICU dipadamkan, doktor keluar.
“Keluarga pesakit?”
“Saya doktor.” Adam menjawab.
“Anak encik dalam keadaan stabil. Demamnya sudah turun, nasib baik dia dibawa ke hospital cepat. Kalau tidak mungkin ada komplikasi.”
“Terima Kasih doktor. Boleh saya melawat anak saya?”
“Boleh. Sila.”
Adam masuk ke dalam wad bersama Nadia. Di sana, dia melihat Danish yang sedang tidur. Adam senyum melihatnya. Adam mendekati dan mengusap kepala Danish dengan penuh kasih sayang. Kagum Nadia melihat sifat kebapaan Adam. Nadia sendiri baru mengenal Adam, Adam tidak pernah menceritakan perihal bekas isterinya samada mereka bercerai ataupun isterinya telah meninggal dunia. Kak Pah juga tidak pernah diberitahu, semasa Adam berpindah ke kawasan Flat itu, dia hanya membawa Danish dan sedikit barang. Adam tidak pernah menceritakan apa-apapun kisah dirinya kepada sesiapa. Dia lebih senang tidak dikenali. Nadia memandang jam tangannya. Kemudian meminta diri.
“Abang Adam. Saya balik dulu ya. Ada apa-apa yang saya boleh tolong?”
“Terima Kasih Nadia. Cuma beritahu Kak Pah keadaan Danish. Hati-hati.” Adam berpesan dan memberi senyuman.
“Yalah.”
Nadia mencium dahi Danish dan kemudian meninggalkan Adam menjaga Danish.
*****
AWAL pagi itu sengaja Khalisah datang awal ke syarikat, berdebar-debar dia menunggu kedatangan calon secretary yang dimaksudkan oleh Rafida.
I keep falling, Falling I can..
I stop falling,
Falling in love with you..
Telefon bimbit Khalisah yang belum disilentkan berbunyi. Sengaja diubah ring tone telefon bimbitnya kerana semalam dia terdengar lagu terbaru Dato’ Siti Nurhaliza I’m falling in love yang muziknya unik dan menarik ketika memandu semalam. Dia melihat skrin telefon jenama blackberrynya. Tertera nama ayahnya. Khalisah cepat-cepat mengangkatnya.
“Helo papa.”
“Khalisah, petang ni bakal peguam akan balik ke Malaysia.”
“Bakal peguam? Maksud papa siapa?”
“Takkanlah Lisa tak kenal lagi Aril.”
“Terlupalah papa. Jadi, abang Aril dah habis studylah?”
“Ya.”
Khalisah teringatkan Aril seketika. Jejaka berumur 34 tahun itu sudah lama rasanya Khalisah tidak bertemu mata. Hampir beberapa tahun rasanya. Anak saudara ayahnya itu memang nakal, ada-ada saja caranya mengusik Khalisah. Ayahnya sudah anggap Aril macam anak saudara sendiri walaupun ayah Aril hanyalah anak angkat ibu dan bapanya.
Dalam masa sama, Khalisah berasa excited pula dengan kepulangan Aril, banyak saja cerita yang mahu didengarinya. Sudah lama dia tidak mendengar khabar Aril, rasa berdebar pula mahu menemui Aril semula. Aril sudah dianggapnya seperti abangnya sendiri walau pernah suatu ketika dahulu perasaannya terhadap Aril melebihi dari seorang abang. Iyalah, masa tu Aril pengajar tuisyen Khalisah, dia sedia maklum usik-usik arwah mak dan ayahnya tentang dia mahu dijodohkan dengan Aril, mahunya dia berbunga-bunga dalam hati. Tapi apakan daya...
“Lisa, Lisa, Khalisah? Are you there?”
“Ya papa, Lisa ada lagi ni.”
“Sebenarnya dia dah balik minggu lepas. Just to suprise you.”
“Apa?! Kenapa papa tak inform dekat Lisa?”
“Lisa, bukan kejutanlah kalau papa dah bagitau Lisa. Sekarang, buka pintu pejabat Lisa and let him in.”
“Betul ke ni pa?”
“Belum buka belum tahu kan?”
“Okey.”
Khalisah berjalan girang menuju ke pintu. Dan dengan sedikit getaran di tangannya dia menekan tombol pintu dan terus membukanya. Ah! Sah! Kena tipu. Tiada siapapun, bayangan Aril pun tiada. Khalisah mengambil telefon bimbitnya dan bercakap dengan ayahnya.
“Papa main-main dengan Lisa ya?” Marah Khalisah.
“Taklah, maybe Aril tak sampai lagi kot.”
“Yalah-yalah.” Khalisah membebel dan mematikan telefon bimbitnya.
Tiba-tiba...
Happy Birthday to you...Happy Birthday to you..Happy Birthday to Lisa..Happy Birthday to youuuuuuuuuuuu.....”
Khalisah terkejut. Dia memandang ke belakang. Rafida dan staf lain tiba-tiba masuk ke dalam pintu bilik Khalisah yang terbuka. Seorang lelaki memakai mask sedang memegang sebiji kek chocolate yang baunya sangat menggigit hempedu lapar kerana Khalisah belum bersarapan disertai dengan beberapa batang lilin yang dinyalakan di atas kek. Khalisah masih lagi terkejut, terdiam. Dia sendiri hampir terlupa tarikh lahirnya hari itu. Selalunya dia akan ingat kerana pernah dia mempunyai pengalaman di kolej dulu, mandi tepung dibuatnya.  Khalisah kemudian  mendekati Rafida.
OMG!!! Rafida, you yang plan semua ni dengan papa saya kan? Sampai hati ya!” Khalisah tiba-tiba bersuara seperti marah. Biasalah lagak seorang boss syarikat.
“Maaf Lisa, its not me really, but this mask guy.” Rafida seolah rasa bersalah dan menunjuk ke arah seorang lelaki di sebelahnya.
Khalisah memandang lelaki yang memakai mask tersebut, lelaki yang sangat misteri itu.
‘Ini mesti Aril. Oh My God! Berdebarnya aku...’ gumam Khalisah sendirian, padahal dalam hati terukir taman-taman bunga indah siap ada pelangi-pelangi indah berwarna warni 12, e’eh selalu tujuh warna, melebih-lebih pula.
Khalisah terdiam sekali lagi dan tiba-tiba Khalisah terbayang pula lelaki bertopeng itu memakai tuxedo di butik Mona 2 hari lepas berada di taman-taman indah bersamanya.  Ah! Bayangan nakal yang tidak patut dilayan, fikir Khalisah. Takpun sedang menari ballroom bersama lelaki memakai topeng masquarade itu di satu dewan sambil diperhatikan orang ramai.
So, birthday girl.... make your wish before you blow the candles...” Lelaki bertopeng itu tiba-tiba bersuara yang membuatkan Khalisah tersedar dari angannya.
Semua staf memandang dan bertepuk tangan gembira. Khalisah memegang rambutnya dan meniup lilin tersebut satu persatu. Sekali lagi semua staf bertepuk tangan. Malu Khalisah dibuatnya, macam budak umur 10 tahun buat birthday party. Manakan tidak, lilin pun ada sepuluh batang. Dari bau kek itu, dia tahu itu kek dari Secret Recipy kegemarannya. Kek diletakkan di meja oleh lelaki tersebut. Kemudian lelaki itu melutut di hadapan Khalisah dengan menghulurkan sebuah kotak berbentuk love berwarna merah, semua staf yang memerhati teruja dan berbisik. Khalisah tergamam, apakah erti semua ini? Khalisah memandang Rafida, Rafida dengan terkinja-kinja gembira menghayun tangan menyuruh Khalisah mengambil kotak tersebut. Dengan perlahan-lahan Khalisah mengambil kotak love tersebut, tangannya menggeleter. Khalisah membukanya.
“Pap!” Kedengaran bunyi seakan mercun.
‘Kurang hajar punya Aril, Dia propa aku.’ Khalisah geram dalam hati perasaannya dipermainkan. Dia melihat patung spongebob bergoyang ke kiri dan kanan dari kotak berbentuk love berwarna merah itu umpama mentertawakannya. Khalisah memandang lelaki bertopeng itu dan membuka topengnya.
“Abang Aril!” marah Khalisah.
“Ala, takkan Cik Boss nak marah-marah. Birthday girl kot.”
Aril masih tidak berubah walau selepas 5 tahun. Dia tetap seperti dulu, suka melawak. Cuma semakin maskulin sedikit. Rafida tersenyum simpul memandang Khalisah dan menayang-nayang thumbs up sambil menyebut Mr Tuxedo beberapa kali. Suka benar Rafida walau Khalisah mahu saja menggigit-gigit geram kawan baiknya itu.
Sementara itu, Adam balik ke rumahnya untuk mengambil sesuatu. Tapi sebelum itu dia mengambil surat di peti suratnya. Pelik fikir Adam, mungkinkah ada mana-mana interview kerja yang sangkut, entah-entah yang suruh dia catwalk, Adam berharap. Adam meletak surat tersebut ke dalam bajunya dan menuju ke lif. Sampai di dalam rumah Adam duduk di kerusi dan bertenang, dia memandang rumahnya yang berselerak. Dia mengambil surat dari kocek bajunya. Tiba-tiba..
Insyaallah... Insyaallah..
You find the way..
Insyaallah.. Insyaallah..
Adam mengambil telefon bimbit yang berada di meja dan mengangkatnya. Pelik. Nombor private, Adam tetap mengangkatnya.
“Helo.”
“Encik Adam. Sila baca surat yang saya beri. Penting.” Seseorang memberi arahan dengan suara tegas.
“Tapi kenapa?”
Belum sempat Adam menerima jawapan suara wanita itu hilang dari telefon bimbitnya. Adam pelik. Dalam terpinga-pinga Adam mengambil surat bersampul kuning yang baru diambilnya tadi dan membukanya. Ditariknya kertas A4 berwarna putih itu. Pelik, semuanya kosong. Macamana hendak membaca, tingkah Adam. Adam membelek-belek surat tersebut.
“Nak suruh baca, tapi kosong. Adoi! Stalker mana pula ni..”
Adam membebel sendirian sambil mengingatkan zaman universitinya beberapa tahun dahulu. Banyak gila surat yang diterimanya tiap hari, tapi Adam malas hendak membacanya, dibiarnya Rashid kawannya membaca. Adam membelek kertas A4 yang kosong itu. Adam terfikir sesuatu. Mungkin benar arahan yang diberikan wanita melalui telefon bimbit tadi. Adam teringat sesuatu, mungkin benar ada tulisan di dalam kertas A4 tersebut. Tanpa berfikir panjang, Adam memasang suiz seterika dan kemudian meletak kertas A4 itu di meja seterika. Kelihatan sedikit demi sedikit tulisan. Adam berasa pelik, penting sangat ke surat tersebut sehinga terpaksa dibuat sedemikian rupa, nasib baiklah Adam tercium bau limau tadi, kalau tidak dia tidak akan perasaan, jika dia bukan seorang penyabar, sudah lama dibuangnya surat itu. Adam membaca satu persatu isi kandungan surat tersebut.
Adam,
Terima Kasih kerana menjaga amanah saya. Tiada siapapun perlu tahu mengenai hal itu. Buka beg yang pernah saya bagi dahulu, kuncinya tarikh lahir Danish. Jaga benda yang ada di dalam beg itu. Jangan sentuh. Ia sangat penting.
Adam lantas mengambil sebuah beg yang disertakan bersama semasa seorang wanita tergesa-gesa menyerahkan seorang bayi kepadanya suatu malam 2 tahun setengah lalu  dahulu di belakang restoran mewah tempat dia bekerja. Dia membuka kod beg tersebut mengikut tarikh lahir Danish. Beg itu disimpannya rapi atas pesanan wanita itu dahulu.
“Klak.”
Kunci beg itu terbuka. Adam terpandang sepasang tuxedo yang amat cantik. Sambil-sambil itu Adam terfikir. Apa maksudnya semua itu? Apapun, Adam hanya menurut. Adam menyimpan semula beg tersebut. Tuxedo misteri di dalam beg itu menjadi persoalan. Adam tidak berani menyentuhnya kerana nampaknya ia sangat penting. Adam mengunci kembali beg tersebut. Namun sebelumnya dia menerima pesanan ringkas dari nombor peribadi.
Jangan biarkan tuxedo itu terlepas kepada orang lain. Ia saksi atas satu perkara penting!
***************
SEORANG lelaki baru sampai ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Sudah lama rasanya dia tidak pulang ke bumi Malaysia yang amat dirinduinya. Dia menarik nafas. Lelaki itu mengambil bagasinya dan kemudian menuju ke sebuah kereta yang sudah siap menunggunya.
“Encik A..?” Pemandu itu menunjukkan nama yang dipegangnya kepada lelaki itu.
Lelaki itu mengangguk dan tersenyum. Pemandu itu cepat-cepat mengambil bagasi yang ditarik lelaki tersebut dan meletakannya di bonet kereta. Lelaki itu sedikit pelik, tapi dia sudah menjangka mungkin Dato’ Mazil yang ingin menjemputnya. Terbayang-bayang dia wajah ceria Khalisah. Lelaki itu masuk ke dalam kereta. Tenang hatinya apabila kini dia sedang menuju ke destinasi. Dipandangnya pembangunan pesat di sekelilingnya sepanjang perjalanan menunjukkan betapa lama ia tidak balik. Lelaki itu melelapkan mata sementara menunggu tibanya ke lokasi. Tiba-tiba di pertengahan jalan, kereta yang dinaiki mereka rosak. Lelaki itu  menunggu di dalam kereta sementara pemandu melihat jika ada apa-apa masalah.
“Tappp..”
Bunyi pintu kereta dibuka pantas. Lelaki itu terkejut, dia ditangkap.
“Lepaskan! Lepaskan aku!”
“Diam!”
Kepala lelaki itu dipukul menyebabkan dia pengsan. Lelaki itu diheret pantas dan dibawa ke tempat lain. Sementara itu, seseorang yang sedang memakai handsfree menunggu bila-bila masa saja panggilan masuk. Telefon bimbitnya bergetar, dia menekan handsfreenya.
“Beres boss.”
“Bagus! Tapi ingat. Keep it clean.” Lelaki itu memberi arahan keras.
Bam!!!
Kedengaran bunyi pistol di telefon bimbit lelaki itu, dia senyum mendengarnya....

VIDS PROMO NOVEL 


P/S ---> Novel telah pun terbit. Boleh mendapatkannya dengan Kaki Novel atau kunjungi Kedai Buku MPH & Popular Bookstore serta kedai berdekatan anda untuk mendapatkannya. :)

 





No comments: