BAB 1
“Along.. bila nak kahwin ni? Adik kau si Shueib tu dah
anak dua tau. Kau tu jangan memilih sangat,” bila timbalan presiden a.k.a mak
aku bersuara aku tak boleh buat peduli juga.
“Nantilah mak, Along nak enjoy dulu, belum puas lagi nak
bujang ni mak..” itu jawapan skema aku selama 5 tahun berturut-turut. Relevan
ke tak aku tak tahu, itu sajalah yang terpacul dari mulut aku secara automatik semasa
sedang menggantung langsir (jangan salah sangka ya, aku ni walaupun lelaki
memang suka buat kerja rumah, nasib baiklah aku tak pandai menjahit, kalau tak
itupun aku buat sekali).
Bila mak dengar jawapan skema aku tu, mak malas dah nak
bertanya lagi. Lagipun mak cikgu sekolah menengah, bukan wartawan hiburan yang
tak reti nak faham bila orang dah jawab soalan. Atas sebab mak aku tu cikgu
sekolah menengah aku time sekolah dulu, segala atau sebarang hal aku dalam
percintaan akan dihidu oleh mak. Aku taklah salahkan mak, tapi mungkin atas
sebab supaya mak tak tahu aku suka siapa, akupun malaslah bercinta sampai universiti
pun aku tak bercinta.
Aku cerita ni macamlah korang nak percaya kan? Lelaki
ala-ala kacak macam aku ni tak bercinta time belajar kat universiti. Ish-ish, memang
kerat jarilah wei! Tapi betul, kau orang boleh tanya dua kawan baik aku
merangkap kawan sekampung aku.
Okey. Bila aku dengar saja suara sumbang seorang lelaki
yang tak kurang kacak tu. Itulah Bob, aku panggil dia Bob sebab masa
kecik-kecik dulu dia ni badan besar sikit, kira bodyguard akulah kononnya. Nama
sebenar Bob ni amatlah cantik, Muhammad Firdaus Ali Hassan. Cantik kan? Sekacak
orangnya juga yang bekerja sebagai seorang arkitek muda.
“Waalaikumsalam. Naiklah, tadi aku tak nampak pun muka
kau masa terawih, bila kau balik?” tanyaku.
“Aku baru je balik. Saja melawat kau. Ada apa benda aku
boleh tolong?”
“Buat masa ini tak ada. Kau tu hanya boleh tengok je,
nanti kerja aku bertambah pula."
“Assalamulaikum?”
Ha, bila terdengar suara mamat ni. Aku tak payah toleh
belakang, itu suara Joe atau nama penuhnya Muhammad Johari Ahmad.
“Waalaikumsalam.” Aku dan Bob menjawab salamnya.
Bila melihat dua orang sahabat aku ni datang ke rumah,
kira tak baiklah kan kalau aku tak layan. Aku pun cepat-cepat menyelesaikan
kerja aku dan turun ke bawah, ala, macam tak biasa, ke tangga keramat a.k.a
tempat lepak sejak turun temurun even Mak Senah, Mak Kiah, Mak Joyah semua
duduk di tangga keramat tu untuk bergosip tau.
“Lawa kereta kau Joe?” Aku sengaja menegur, manakan
tidak, melihat kereta Honda terbaru itu saja aku kagum. Aku punya kereta
hanyalah kereta proton Preve, tapi aku bangga juga, guna kereta buatan
Malaysia. Malaysia Di Hatiku!
“Ala, hutang bank juga. Bila kau balik ni Lan?”
Nama yang tak berapa nak glamer iaitu Lan a.k.a nama
timangan aku. Kenapalah mereka tak panggil aku Shaz, kan lebih ‘bandar’ sikit.
Tapi, apa boleh buat, mereka dah terbiasa.
“Aku dah seminggu cuti. Kau apa khabar? Baru balik ni
mesti sibuk ni.”
“Macam tulah Lan. Kau tahulah kerja aku tu.”
Joe bekerja sebagai peguam. Dulu dekat universiti dia
ambil undang-undang atau dalam bahasa yang lebih profesionalnya adalah ‘law’. Dia ni memang jejaka rebutan dekat
universiti, malahan akak senior pun minat dekat dia sampai hampir bunuh diri.
Aku pun tak tahulah sikit punya cantik akak senior tu dia tolak cintanya
mentah-mentah. Aku tak tahulah kalau Joe ni 2 alam ke, 3 alam ke. Tapi yang aku
tahu dan sebenar-benarnya pasti, aku dan Bob tak 2 alam. Tulen tau!
“Kau Bob bila balik?” tanya Joe.
“Aku pun sama baru balik. Tahun lepas aku tak balik,
tahun ni haruslah aku balik. Kau apa khabar?”
“Khabar baik,” jawab Joe bersahaja, handphone jenama
Blackberry di tangannya tak lepas. Aku dan Bob jeling-jeling sajalah, manalah
nak beli Blackberry bagai.
“Khabar baik macam ada makna je tu? Kau dah ada calon
bini ke?” mulut aku kalau bertanya ligat saja.
“Shh.. calon bini pe benda nya. Aku single lagilah. Entah-entah kamu berdua tu yang dah ada calon. Aih! Nampaknya
kenalah aku menjawab tahun ni lagi, adik aku Si Munira dan si Adam tu dah anak dua kot.”
Joe mengherot mulut memikirkan soal jodoh sambil memandang aku dan Bob.
“Nasib baiklah aku ni anak tunggal, tapi mak ayah aku
tanya juga soalan tu. Aku jawab jelah relaks dulu..” Bob mencelah.
“Kenapalah kita bertiga ni senasib. Rupa dah nak ada, kerja
dah stabil. Jodoh tu berat nak masuk..” Aku menyampuk.
“Kita mandi bungalah nanti, kebetulan kita dekat kampung
ni. Agak-agak Pak Mat Bomoh tu hidup lagi ke?” tanya Joe yang nampak benar
setahun sekali balik kampungnya.
“Ish kau ni Joe. Ada lagilah dia, tapi aku rasa dah
taubat agaknya, tadi dia sebelah aku masa terawih.” Aku menjawab.
“Ala, mana tau dia dah berubah jadi bomoh perubatan Islam
macam kat KL tu...” Joe berpendapat.
“Ish korang berdua ni. Sekarang ni dah takdelah orang nak
mandi bunga bagai ni. Kita ni dalam tahap terdesak ke sampai nak buat camtu?”
Bob mencelah, memandang aku dan Joe.
Aku dan Joe malas menjawab soalan yang agak kurang
releven tu. Kalau dah masuk umur 30 ke atas tu dah terdesaklah tu, ingat
perempuan saja yang bimbang kalau tak kahwin-kahwin. Lelaki pun samalah!
“Apa dibincangkan tu Long...? Ajak kawan-kawan kau tu
naik minum air...”
Suara mak aku a.k.a Cikgu Shamsiah membubarkan lamunan
dan topik perbualan kami.
“Ya mak... Bob dan Joe datang ni..” Aku menjawab.
“Ajak mereka masuk, tak baik duduk tangga tu. Tu yang
jodoh lambat masuk tu...”
Sempat mak aku menyindir! Macam tahu-tahu saja mak aku ni
topik perbualan kami. Ke, dia tumpang dengar? Ish-ish.
“Joe, Bob jom.. nanti membebel lagi mak aku tu.”
Joe lekas-lekas membuka kasutnya, aku dan Bob naik dan
masuk ke dalam rumah.
“Apa khabar cikgu?” sapa Bob dan Joe menyalam
tangan mak aku, ala-ala lelaki Melayu terakhir gitu.
“Khabar baik? Baru balik ya?” mak aku memandang Joe dan
Bob, anak murid mak aku yang paling nakal dan paling cemerlang dalam kelas.
"Ya Cikgu," serentak Bob dan Joe menjawab.
"Ya Cikgu," serentak Bob dan Joe menjawab.
“Assalamualaikum?”
Seseorang memberi salam di luar rumah. Suara seorang perempuan. Siapa
pula tu? Mak aku segera menuju ke muka pintu.
“Waalaikumsalam. Ha, Najwa masuklah...” ajak mak aku.
Apabila terdengar mak aku menyebut nama Najwa, segera aku
teringat dengan budak perempuan yang gemuk dan makan gula-gula lolipop yang selalu
aku, Joe dan Bob usik dahulu, sampai menangis kami buli dia. Aku, Joe dan Bob
berpandangan sambil menyebut mengingat Najwa. Ada juga rasa bersalah pada Najwa, tak apalah esok-esok kami datang rumah dia minta maaf. Dengar khabar, si
Najwa tu lama duduk di luar negara belajar. Entahlah apa rupa dia sekarang.
“Sekejap ya makcik.”
Kedengaran suara Najwa lembut.
“Naik, naik..” ajak mak aku.
“Nah makcik, mak ada buat rendang tok ni.”
Kami bertiga hanya mendengar perbualan mereka di dalam rumah
sambil-sambil tengok kalau-kalau ada Chelsea main bola malam tu. Malam raya
orang tengok filem terkini tapi kami pula berebut remote TV nak tengok bola.
Dasar lelaki!
“Masuklah, ada abang Lan, Bob dan Joe kau kat dalam tu...”
Mak aku berjalan masuk membawa sebuah bakul yang berbau harum, Najwa di belakang. Sengaja kami buat-buat tak pandang, iyalah nanti ada gol takkan nak miss pulak.
Mak aku berjalan masuk membawa sebuah bakul yang berbau harum, Najwa di belakang. Sengaja kami buat-buat tak pandang, iyalah nanti ada gol takkan nak miss pulak.
“Assalamualaikum abang semua?” Najwa memberi salam.
Kami menoleh.
Tiba-tiba.
Kami menoleh sekali lagi!
Aku tersedak air! Joe dan Bob melopong
melihat Najwa.
“Wa.. walaaikumsalam Najwa...” Aku menjawab salam Najwa
tergagap-gagap.
Terkejut melihat Najwa yang sangat berbeza!
Najwa yang bukan seperti dahulu!
Mak aku senyum memandang kami bertiga. Najwa duduk di
salah satu kerusi sambil senyum lebar memandang kami. Perlawanan bola di kaca
tv sudah tidak diendahkan.
“Abang Lan sihat?” tanya Najwa memandangku, matanya yang
redup itu mengugar hatiku.
Aku tak dapat berkata-kata, mungkin mulutku terkunci. Joe
dan Bob pula berdiam diri. Apakah?
Bersambung...
NOTE : E-NOVEL INI TELAH BERPINDAH KE LAMAN NOVEL MELAYU KREATIF DENGAN TAJUK BARU 'GILA! AKU SUKA DIA?' . BOLEH KLIK LINK INI UNTUK MENGIKUTI ----> http://novelmelayukreatif.com/index.php/karya-kreatif/novel/tema-cinta-komedi/item/212-gila-aku-suka-dia
NOTE : E-NOVEL INI TELAH BERPINDAH KE LAMAN NOVEL MELAYU KREATIF DENGAN TAJUK BARU 'GILA! AKU SUKA DIA?' . BOLEH KLIK LINK INI UNTUK MENGIKUTI ----> http://novelmelayukreatif.com/index.php/karya-kreatif/novel/tema-cinta-komedi/item/212-gila-aku-suka-dia
Ini lagu tema E-Novel 'AKU SUKA DIA'
berjudul
Aku Suka Dia nyanyian Ainan Tasneem.
11 comments:
salam,
ini br pertama kali sy kat sini.
seriously baru pertama kali baca novel from a 'man' perspective. bg sy sgt menarik sbb boleh kenal/belajar cara lelaki berfikir^^
anyway.. introduction yg sgt straight to the point, senang..xde belit..
Q sukaaaaaaaaaaaa.......
ps: tu dia aih...kwn sorang wonbin sorang rain.. handsome gila baq hang^^ q suka..^^
Waalaikumsalam qminz,
Terima Kasih sudi komen dan sudi singgah. Saya budak baru belajar, selalu buat novel ala2 thrill/seram. Ini percubaan.
Masih banyak yang saya kena belajar.
Terima Kasih singgah dan komen tau. Terima Kasih sangat. Salam mesra.
^____^
sama2...since br mula.. blh lah follow cerita ni^^
saya pun bkn pakar sgt, sy komen ap sy rasa je...
overall ceritanya macam menarik tapi mungkin bleh ejas sikit
1. penceritaannya sedikit tidak konsisten (bahagian monolog) sebab gaya bahasa nya bukan gaya bahasa lelaki. there are some words yang a straight man would not get caught using (unless he's a closeted gay lah kan...ahaha) contohnya mcm kertu dsb. ada lg a few contoh ayat yang terlalu keperempuanan sikit so mungkin boleh ejas2 sikit..
2. 2nd part is better, esp lepas masuk bhg dialog tentang najwa, cara penceritaan lebih maskulin berbanding bahagian awal tadi
lain2 ok..tunggu sambungan ni
Thanks JA singgah komen.
Thanks, untuk bahasa tu sengaja disantaikan. Akan diperbaiki lagi pada masa akan datang. Masih dalam proses belajar. Thanks singgah, next entry pun singgah tau. Salam mesra.
Regards,
Fatrim Syah.
Sukaaa, sila sambung.
hak3... lawak lorhh, SYah..! terbaek lorhhh
Hmmm...frm a man's perspective..sbb ni bru first chapter..rase nya still acceptable..tidak terlalu berat n tidak terlalu ringan..jom baca d rest of d story ;-)
Best2 smpi chap 12 je ke? Dh kuar novel??
Terbaik penulisan dari penulis ni. Semoga penulis tak jemu untuk terus berkarya. Andai berkelapang, saya berbesar hati sangat jemput penulis ke blog saya di https://onedeenmenulis.blogspot.my/
Hi jangan lupa jenguk cerita sya pula, http://ceritaberemosi.blogspot.my/
Post a Comment