~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Saturday 1 February 2014

NOVEL 'GAUN CIK BOS TUXEDO MR SECRETARY' (BAB 3)

BAB 3

ADAM menyerahkan resumenya seperti diminta. Tangannya terketar-ketar, nasib baik resumenya tidak jatuh. Pantas saja wanita berumur lingkungan 40-an itu mengambil resume dari tangan Adam dan terus membeleknya sehelai demi sehelai. Tegas juga wanita itu fikir Adam. Adam menunggu dengan tenang, pen yang dipegangnya digenggam erat. Bersiap sedia dengan apa saja soalan daripada wanita tersebut. Sambil-sambil menunggu, sempat juga Adam memandang sekeliling pejabat yang serba indah, dari tingkap kaca di sebelah kanan dia dapat melihat Menara Berkembar Petronas yang tersergam indah walaupun agak jauh. Selepas seketika, wanita itu memandang Adam sekali lagi.
“Encik Adam.”
“Ya..ya saya.” Adam menjawab.
“Boleh berdiri dan buat catwalk tak?”
Whatttt???!!’ Adam berteriak di dalam hati.
Apalah dosa dan kejahatan yang dibuat sehingga dia dikehendaki catwalk. Boleh jatuh saham yang memang tak laku itu. Apa sebenarnya sebab dan kriteria utama menyebabkan wanita tersebut menyuruhnya melakukan catwalk itu. Mungkinkah kerana dia menaiki lif bersama seekor kucing semalam. Atau sebenarnya dia salah pergi lokasi interview, dia habis fikir.
“Encik Adam.” Wanita itu masih menunggu jawapan dan permintaan arahannya.
“Ya Puan,” dengan serba pelat dan malu-malu Adam berdiri dan berjalan menuju ke arah pintu.
“Okey, move!”
Dalam terpinga-pinga Adam menurut perintah wanita tersebut umpama Tyra Banks memberi arahan kepada peserta America’s Next Top Model nya, terbayang-bayang dia dengan calon-calon sebelumnya, mungkinkah mereka juga dikehendaki catwalk sepertinya. Baru sekali round wanita itu memberi arahan lagi. Adam berhenti dari menayangkan aksi catwalknya yang ke laut merah itu dan mendengar arahan.
“Okey Encik Adam, Terima kasih kerana datang ya. Kami akan hubungi kemudian jika terpilih.”
“Terima Kasih Puan.”
Adam menuju ke arah pintu keluar.
“Encik Adam, resumenya.”
“Opss! Lupa, terima kasih.”
Tangan Adam dipegang wanita itu, menyirap darah Adam apabila dipandang tajam sebegitu. Segera Adam mengambil resume yang tertinggal dan cepat-cepat keluar. Seram sejuk jadinya, nasib baik tak demam!
‘Fuh! Itu syarikat cari model ke? Nampak sangat nak buli aku,’ gumam Adam sebaik keluar.
Geram pun ada, wanita itu akan diingatnya sampai bila-bila. Malu Adam dibuatnya, kalau tidak mahu ambil bekerja suruh saja balik, ini suruh catwalk. Teringat Adam ketika diminta rakan universiti untuk menjadi model sesi photoshoot mereka, itulah kali pertama dan kali terakhir Adam bersetuju untuk menjadi model, itupun setelah dipujuk berkali-kali.
“Maaf, maaf.” Adam meminta maaf apabila terlanggar seorang lelaki ketika dia menuju ke lif.
Kerana geram tadi, matanya melilau entah ke mana. Adam masih merasakan wanita itu sengaja mempermainkannya.
‘Buang minyak motor aku saja, kalau beli susu Danish lagi baik,’ marah Adam sendirian.
Rafida yang kebetulan berada di sana mahu kembali ke Seria Holdings setelah selesai menghantar kontrak perjanjian. Dia ternampak Adam baru keluar dari pejabat temuduga dan menuju ke lif. Adam kelihatan seperti tidak bersemangat. Rafida menarik nafas, tanpa bertanya dia sudah tahu apa yang berlaku. Adam berjalan ke arah lif tanpa menyedari Rafida memerhati. Rafida juga menuju ke arah lif. Kemudiannya Rafida  menegur Adam.
So, macamana interview tadi?”
Adam terkejut, dia menoleh ke tepi. Wanita yang dijumpainya di lif awal tadi.
“Maaf cik. Saya tak perasaan. Interview tadi rasanya tak dapat kot.”
“Takpe, next time boleh cuba lagi.”
“Kebetulan terserempak kali kedua. Awak memang kerja dekat sini ke? Gi lunch ke ni?”
“Ish, takdelah. Saya kerja dekat syarikat lain. Datang sini jumpa klien.”
“Oh, macam tu.”
Ting! Pintu lif terbuka. Adam dan Rafida masuk.
“Sila. Ladies first.”
Thank You.”
Wait a minute. Rafida perasaan sesuatu. Seolah pernah dia bercakap dengan lelaki tersebut. Ah! Tak mungkin dia. Tapi, dari suaranya macam dia. Rafida berteka teki sehinggalah lif terbuka. Adam dan Rafida keluar bersama-sama.
“Mana kereta awak?” Rafida bertanya.
“Kereta? Saya naik motor sajalah.” Adam menjawab.
Kebetulan, kereta Rafida berada tidak jauh daripada motor Adam. Rafida menoleh dan melihat motor tersebut.
‘Memang dia superhero semalam,’ gumam Rafida di dalam hati apabila melihat motor Adam.
Adam terasa malu dipandang oleh Rafida. Wanita itu memakai kereta lancer, dia pula hanya memakai motor rxz cabuk. Rafida masuk ke dalam kereta sementara Adam cuba menghidupkan motornya, mula-mula motor cabuk itu buat hal, sabar-sabar juga hati Adam, nasib baik cubaan kali keduanya berjaya. Adam menggerakkan motornya ke hadapan dan menaikkan tongkat motor.
“Awak lelaki semalam kan?” Rafida bertanya.
Terkejut Adam disapa sebegitu. Adam menoleh ke kanan, melihat Rafida yang sudah membuka tingkap keretanya.
“Maaf, saya takde niat apa-apa.”
“Janganlah macam tu. Kalau tak kerana awak, hand bag makcik semalam tu takkan selamat. By the way, saya Rafida.”
“Saya Adam.” Adam malu-malu tapi dalam hati sajalah.
“Saya rasa saya boleh tolong awak.”
“Maksud awak apa?”
“Macam ni, boss saya perlukan seorang secretary. Awak nak apply tak?”
“Insya ALLAH boleh.”
“Okey, kalau macam tu, awak datang esok jam 10 pagi dekat syarikat kami. Ini business card syarikat, awak datang syarikat ni jam 9 pagi esok, temuduga masih berjalan."
“Boss awak perempuan ke lelaki?.”
“Perempuan.” Rafida menjawab.
“Terima Kasih sajalah atas niat baik awak. Mesti saya tak dapat punya.”
Rafida tahu pasti Adam berfikiran sedemikian.
“Lain orang, lain pandangannya. Tak semua boss wanita cerewet tau. Okey Adam, esok kita jumpa dekat office ya.”
Adam melihat business card yang diberikan Rafida. Seketika kemudian Rafida menutup  cermin kereta dan berlalu pergi meninggalkan Adam. Rafida senyum sendirian.
Tidak jauh dari situ dalam sebuah kereta seseorang memerhatikan Adam.
“Jalan!” orang itu memberi arahan kepada pemandunya.
Adam masih termagu dan berfikir-fikir. Tidak apa agaknya, belum cuba belum tahu. Mana tahu kali ini dia bernasib baik. Tapi yang dirisaukan Adam adalah mengenai boss perempuan. Kalau dia memohon untuk menjadi office boy takpelah jugak. Ini jawatan secretary, takut reaksinya macam interview tadi. Seriau Adam dibuatnya, catwalk bagai segalalah. Adam menghidupkan motornya dan malas mahu memikir. Gumamnya kalau boss sang hawa ni memang biasa membuli pekerja lelaki, iyalah mungkin ada sejarah benci lelaki barangkali. Dia berlalu pergi dari syarikat tersebut. Lagipula petang nanti dia mahu berjumpa pengurusnya di restoran mewah untuk meminta payment bagi membeli keperluan.
**********
KHALISAH yang sedang sibuk memeriksa beberapa dokumen syarikat mendengar pintunya diketuk, dia sudah mengagak. Itu pastinya Rafida.
“Masuk!”
Rafida membuka pintu dan  mengukir senyuman panjang. Senyuman yang sudah ditebak oleh Khalisah.
“Kenapa senyum-senyum panjang ni? Berjaya kan?” Khalisah bertanya.
“Yang tu Cik Khalisah jangan risaulah. Ini sayalah Rafida. Pastilah berjaya, takat-takat celah gigi je benda-benda tu. Ni, saya nak inform satu lagi berita gembira.”
So, dalam gembira ada lagi satu berita gembira. Let me know.”
I rasa I dah jumpa secretary yang sesuai untuk Cik  Khalisah.”
“Yang you nak bercik-cik dengan I ni kenapa? Tolonglah. Ha, mana calon secretarynya?” Khalisah ingin tahu.
“Cik Khalisah, anda diminta bersabar. Hari ni dia tak dapat datang. Esok dia datang.
“Tapi, tak semestinya dia dapat. Kena interview dulu.”
“Iyalah-iyalah. Aku faham polisi syarikat.”
“Bagus. Jom lunch.”
You tak lunch lagi. Ramai ke yang datang interview tadi?”
“Ramailah sangat. Dua orang je. Tu pun tak boleh ambil. Surrender aku. Harap-haraplah orang yang kau cakap tu boleh memenuhi syarat aku.”
“Syarat kau tinggi sangat. Kalah syarat Puteri Gunung Ledang terhadap Sultan Melaka.”
“Kita mesti nak yang terbaik kan? Kejap, lelaki ke perempuan orang yang kau propose jawatan ni?”
“Biarlah.. rahsia...” Rafida menyanyi sumbang lagu ‘Biarlah Rahsia’ dendangan Dato Siti Nurhaliza di depan Khalisah.
Mereka tertawa, kemudiannya keluar dari pejabat dan menuju ke ruang parkir. Semasa memasuki kereta, Rafida membuka hand bagnya.
“Boleh tunggu tak? Aku nak amik phone akulah. Tertinggal kat kereta aku.”
“Tak payahlah Fida. Ada yang penting ker? Ke, takut Mr Tuxedo kau call?”
Gara-gara kejadian di butik Mona tempoh hari, semua lelaki digelar Mr Tuxedo oleh Khalisah dan Rafida.
“Ish, takdelah. Biarlah phone tu, kita pun tak lama kan.”
Khalisah menghidupkan kereta, dia menekan punat radio dan kebetulan lagu yang disiarkan DJ radio adalah lagu kegemarannya. Asyik Khalisah dan Rafida mendengar lagu tersebut sambil Khalisah memandu menuju ke restoran berdekatan. Sambil-sambil itu Rafida teringatkan Adam, baru dia perasaan wajah Adam tu boleh tahan. Sudahlah baik, kacak lagi. Dalam lamunan itu, Rafida asyik juga mendengar lagu yang diputar di radio kereta Khalisah. Lagu Kisah Dongeng yang diputar deejay radio itu membuai perasaannya. Best juga lagu tu sekali sekala layan.
Khalisah memandang Rafida dan kemudian bertanya sesuatu kepada Rafida yang sedang feeling-feeling seorang diri. Manakan tidak, teringatkan Adamlah tu. Teringatkan lelaki itu menyelamatkan hand bag makcik semalam, teringatkan Adam menaiki motosikalnya dan juga sifat malu-malu lelaki tersebut, ala-ala lelaki melayu terakhir. Helo? Wujud ke lagi?
“Fida, kau tengok tak drama Cinta Elsysa semalam?” tegur Khalisah.
Khalisah pelik tidak mendengar respon daripada Rafida. Kemudiannya Khalisah bertanya sekali lagi.
“Fida, kau tengok tak drama Cinta Elysa semalam?”
“Adam?”
Gara-gara perkataan semalam berdekatan dengan Adam, Rafida tersasul menyebut nama Adam, apalagi, bertanyalah Khalisah kepada empunya badan.
“Fida, siapa Adam tu? Nama watak lelaki dalam Cinta Elysa tu Aril lah.” Khalisah berasa pelik Rafida menyebut nama Adam.
“Ya, ya Aril. Maaf Lisa. Apa soalan kau tadi?”
“Wahai kawan baikku Rafida, kau dah sampai ke London ke Gunung Kinabalu ni?”
“Kau ni Lisa, aku ada dalam kereta kaulah, bila masa pula aku pergi tempat-tempat tu.”
“Jadi, yang kau termenung-menung ni teringat siapa? Ha, Adam ya? Siapa tu, sharelah sikit. Mr Tuxedo engkau ya? Kau jangan kata nak kahwin pulak...” Khalisah cuba mengorek rahsia emas dari Rafida.
“Takde apa-apalah. Kau tanya drama Cinta Elysa semalam kan?”
“Tak payah ubah topik okey.”
“Kau ni Lisa, aku cakap betul apa.”
“Okey. Aku dengarlah ni.”
“Semalam Mak Jah dah tahu mereka bukan suami isteri. Mak Jah suruh Elysa menikah dengan Aril.”
“Oh ya ke? Fida, sebenarnya aku tengok semalam. Saja aku tanya.”
“Lisa!!”
“Ala, janganlah marah. Aku saja je tanya sebab kau dah melayang-layang tadi. Kita dah nak sampai ni.”
Beberapa minit kemudian mereka sampai ke tempat dituju. Khalisah melihat restoran tempat mereka selalu kunjungi.
“Ramainya orang. Nak makan tempat lain tak?” Khalisah bertanya.
“Takpelah kot Lisa. Mula-mula ni je ramai tu. Jom ah.”
“Yalah-yalah.”
Khalisah memarkir kereta berhadapan restoran. Mereka berdua turun dari kereta lalu masuk ke dalam restoran. Seperti biasa, mereka duduk di meja mereka. Nasib baik tiada orang duduk di situ. Adam juga masuk ke dalam restoran tersebut kerana terpaksa, tiada lagi restoran berdekatan. Perutnya juga berbunyi-bunyi sebab tidak sempat makan pagi tadi gara-gara temuduga tersebut. Adam melihat hampir semua meja penuh. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Adam mengangkatnya sambil memerhati mana-mana meja kosong.
“Lisa, aku nak pergi ladies kejap, dah nak terkucil ni.”
“Okey. Okey. Kau nak makan apa?”
“Macam biasa.”
“Roger.”
Khalisah terasa lama menunggu waiter mengambil pesanan, dia berdiri dan menuju ke kaunter. Adam menoleh dan melihat meja kosong. Dia terus duduk di situ. Khalisah tidak menyedari meja mereka telah diambil orang. Dia menunggu di kaunter kalau-kalau ada pekerja di situ, dia melihat semuanya agak sibuk.
“Apa Kak Pah? Pagi tadi dia baik-baik saja. Okey, okey, kejap lagi saya balik.”
Adam menutup telefon bimbitnya, terpaksa dimatikan niatnya untuk makan kerana Danish tiba-tiba diserang demam panas. Dia berdiri dan keluar dari restoran tersebut. Rafida menuju ke meja, dia terlihat Adam tergesa-gesa pergi.
“Adam?”
Rafida melihat meja di mana Khalisah menunggu tadi kosong. Dia menoleh ke kaunter dan terlihat Khalisah di sana sedang bercakap dengan waiter. Rafida mengambil tempat duduk dan menunggu Khalisah datang. Setelah selesai urusan di kaunter Khalisah balik kembali ke mejanya.
“Rajinnya kau Lisa, kalah waiter tu.”
“Amboi, puji ke sindir tu?”
“Dua-dua sekali bolehkan?”
Mereka berdua tertawa dan menunggu pesanan mereka sampai.
Sementara itu Adam dalam perjalanan balik. Dia berasa terlalu risau dengan keadaan Danish. Jarang sekali dia diserang demam panas dan sekiranya demam Danish selalunya akan mencarinya. Telefon bimbitnya berbunyi, dia dapat menebak. Sudah pasti itu Kak Pah lagi. Adam semakin bimbang takut apa-apa terjadi kepada Danish. Adam melajukan sedikit pemanduan untuk cepat sampai. Sebuah kereta yang membuat pusingan U tiba-tiba masuk dan melanggar motosikal Adam. Nasib baiklah Adam sempat terjun dari motosikalnya. Pemilik kenderaan yang melanggar motosikal Adam turun dari kereta dan mendekati Adam.
“Encik tak apa-apa?”
“Saya tak apa-apa, tapi tolonglah encik, anak saya demam panas. Saya nak bawa dia ke hospital. Saya nak cepat balik ni.”
“Okey. Masuk kereta saya. Rahim, telefon syarikat tunda dan bawa motosikal tu masuk bengkel.” Orang itu memberi arahan kemudiannya memandang Adam.
“Encik tinggal dekat mana?”
“Flat Sri Indah, Cheras.”
Adam kelihatan sangat risau, dia tidak perasaan sikunya juga berdarah. Dalam fikirannya hanya Danish. Kereta prado itu langsung saja memecut dan sampai ke destinasinya. Sampai di depan flat, Kak Pah sudah menunggu Adam datang.
“Mana Danish Kak Pah?”
“Ada dekat dalam dengan Nadia. Kenapa dengan kamu ni Adam? Kamu kemalangan ke?” Kak Pah risau melihat keadaan Adam.
“Takpe Kak Pah, sikit je, motor dah masuk bengkel. Danish yang penting.”
Adam masuk ke dalam dan mengangkat Danish.
“Kamu nak bawa dia dengan apa Adam? Kak Pah minta tolong Pak Mat hantarkan ya?”
Adam mengangguk lalu kemudiannya turun ke bawah membawa Danish bersama dengan Nadia dan Kak Pah. Kak Pah mencari-cari Pak Mat tetapi kemudiannya lelaki yang menghantar Adam memanggil mereka. Rupa-rupanya dia menunggu Adam.
“Naiklah.”
Adam berasa serba salah tetapi memandangkan keadaan Danish yang seakan teruk, dia tiada pilihan selain naik kereta tersebut. Kak Pah melihat mereka naik ke dalam kereta dengan wajah yang agak risau. Adam memeluk-meluk Danish dan mengusap-usap kepalanya.
“Abang Adam, saya ikut sekali ya?” Pinta Nadia.
Adam memandang Kak Pah, Kak Pah mengangguk, tiada kata yang mampu dikeluarkan kerana terlalu risau. Anak saudaranya itu baru saja sampai ke Kuala Lumpur pagi tadi kerana mendapat panggilan menyambung pelajaran di sebuah kolej, biasanya dia memang datang ke rumah ibu saudaranya itu bila ada kelapangan. Malahan rasanya, anak saudaranya bernama Nadia itu lebih banyak melawat Kak Pah dari anak-anak Kak Pah sendiri. Kemudiannya Nadia masuk ke dalam kereta prado tersebut. Adam mengusap-usap kepala dan Danish dan memeluknya. Lelaki itu memandang dan teringat akan dirinya berkelakuan seperti itu beberapa tahun dahulu tapi ratapan atas kehilangan isteri tercinta. Air matanya seakan mahu tumpah apabila teringatkan peristiwa itu. Peristiwa yang tidak mungkin akan dilupakannya sampai bila-bila.
Tidak lama kemudian mereka sampai ke hospital, Danish dibawa ke unit rawatan rapi. Adam cuba masuk tetapi ditegah oleh jururawat bertugas. Lelaki itu memegang bahu Adam. Nadia turut menenangkan Adam.
“Sabarlah. Tuhan sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Kita tawakkal, kita berdoa itu lebih baik.” Lelaki itu menenangkannya.
Adam menarik nafas.
“Encik pun rasanya perlukan rawatan, siku encik banyak berdarah.” Lelaki itu memberitahu.
Adam menurut walaupun hatinya enggan meninggalkan Danish di sana. Nadia membawa Adam berjumpa doktor dan lukanya dibersihkan lalu dijahit. Kemudian mereka menunggu di luar ICU bersama-sama lelaki tadi dengan wajah resah.  

VIDS PROMO NOVEL

P/S ---> Novel telah pun terbit. Boleh mendapatkannya dengan Kaki Novel atau kunjungi Kedai Buku MPH & Popular Bookstore serta kedai berdekatan anda untuk mendapatkannya. :)

No comments: